BANTUAN DAN KEBAJIKAN


SURAT PEKELILING IKHTISAS


  1. Perkhidmatan Kebajikan Sekolah. 2 ( 79 
  2. SP Kewangan Bil. 6 Tahun 2010- Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAPM ).
  3. SP Kewangan Bil. 5 Tahun 2012- Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAPM ).

KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN ( KWAPM ) / e-KASIH.













PERANAN JAWATANKUASA KWAPM .

SEBELUM.
  • Edarkan borang KWAPM kepada semua murid.
  • Analisa maklumat murid.
  • Gunakan Sistem Maklumat Murid sebagai alat bantu mengurus.
  • Edarkan surat mesyuarat pemilihan calon bantuan KWAPM.
  • Libatkan JKK / PIBG / Ketua Kampung.
  • Asingkan / failkan murid layak dan tidak layak.
  • Dapatkan tandatangan / pengesahan Guru Besar.
  • Isi borang rumusan dan selengkap.
  • Hantar borang permohonan ke Unit HEM JPN dalam bentuk "soft copy" dan "hard copy".

SELEPAS.
  • Hantar surat makluman kepada ibubapa.
  • Minta ibubapa sediakan / hantar buku akaun bank kepada pihak sekolah.
  • Guru kelas membantu kutipan buku bank murid.  Serahkan kepada setiausaha KWAPM.
  • Serahkan buku bank kepada kerani sekolah bagi tujuan bank in.
  • Setelah duit dimasukkan bincang dengan Guru Besar mengenai cara penyerahan buku bank.
  • Sediakan surat kepada ibubapa untuk hadir menerima buku bank di sekolah.
  • Sediakan borang penerimaan bantuan.
  • Guru kelas membantu menyerahkan buku bank kepada ibubapa murid.
  • Dokumentasi.




RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT )


OBJEKTIF RMT

 Objektif Am  - Untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah ,terutama dari luar bandar dan daripada golongan berpendapatan rendah , secara imbuhan sementara waktu bagi memperbaiki kesihatan selaras dengan Dasar Ekonomi Baru.


Objektif khusus :

A. Untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid berkenaan agar dapat membantu / mengatasi pelbagai masalah pertumbuhan badan / kekurangan tenaga.
B. Untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan langsung / tidak langsung.
C. Untuk memupuk budaya sopan santun atau disiplin ,  timbang rasa dan amalan berkaitan dengan kebersihan     diri / makanan dan alam sekitar.
D. Untuk memperkasa Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan kerana program ini mendapat sambutan yang baik.
E. Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat  dalam kebajikan / usaha sekolah.

KEHADIRAN

PROGRAM RMT MENYEBABKAN KEHADIRAN MURID ADALAH LEBIH MEMUASKAN DAN PENCAPAIAN AKADEMIK JUGA LEBIH BAIK TERUTAMA DARIPADA GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH.
OLEH ITU RMT TELAH MEMBANTU MURID UNTUK KECEMERLANGAN

KRITERIA KELAYAKAN MURID :
       A. WARGANEGARA MALAYSIA
       B.  MURID DARJAH 1 HINGGA 6 DI SK
             ATAU SBK
       C. PENDAPATAN IBUBAPA/PENJAGA
            RM 430 SEBULAN ATAU PERKAPITA
            RM 100.


KADAR BAYARAN.

KADAR : RM 1.80 SEHARI PER MURID
BILANGAN HARI :  190 HARI SETAHUN.
KADAR INI MUNGKIN BERUBAH IKUT KEPERLUAN SEMASA…..

PERANAN SEKOLAH
        - MENYEDIAKAN MENU RMT (MINGGUAN)
        - MEMASTIKAN MENU DILAKSANAKAN
        - MEMASTIKAN KUALITI MENU MAKANAN
        - MEMUPUK BUDAYA SOPAN , DISIPLIN ,
          TIMBANG RASA DAN KEBERSIHAN
        - MENYEDIAKAN SENARAI KEHADIRAN
           MURID (HARIAN) SERTA LAPORAN

PERATURAN PENTADBIRAN.

1- DAFTAR NAMA MURID RMT PERLU DICATAT TIAP-TIAP HARI OLEH PIHAK SEKOLAH

2- LAPORAN PEMANTAUAN AJK RMT   DISEDIAKAN SETIAP HARI

3- PENGURUSAN KEWANGAN DAN STOK HARIAN / BULANAN / TAHUNAN HENDAKLAH DISELENGGARA OLEH PIHAK SEKOLAH

4- GURU BESAR HENDAKLAH MEMBERI PERHATIAN KHAS TERHADAP PERKEMBANGAN PELAJARAN , KESIHATAN DAN LAIN-LAIN BERKAITAN MURID YANG MENERIMA RMT INI

5- GURU BESAR HENDAKLAH MENYEDIAKAN SATU LAPORAN KEPADA PPD / JPN NEGERI MASING-MASING PADA
YAYASAN TUANKU SYED PUTRA









LAPORAN PELAKSANAAN.


AKTIVITI MURID.













Laman Web SP Setia Foundation.

MAKLUMAT UMUM.

Kriteria Kelayakan ( pendapatan )

  1. RM 2100 / 2 orang adik beradik yang masih bersekolah.
  2. RM 2400 / 3 orang adik beradik yang masih bersekolah.
  3. RM 2700 / 4 orang adik beradik yang masih bersekolah.
  4. RM 3000 / 5 orang adik beradik yang masih bersekolah.
SPSR / SAP / P / 2011 - 0094.


Kuota Sekolah.

          Sekolah yang tidak mencapai 80% secara 2 tahun berturut-turut akan ditarik keluar kelayakannya.
Tarikh tutup permohonan baru setiap tahun adalah akhir Febuari dan Julai.
Permohonan tidak akan diterima selepas tarikh tersebut.
Ini bertujuan persediaan pihak yayasan menyediakan pakaian seragam sekolah hari persekolahan baru.

Lawatan Sambil Belajar ( Sehari )

          Dilaksanakan oleh pihak sekolah.


Butiran Lengkap Permohonan Baru.
  1. Nama penuh seperti dalam surat beranak / kad pengenalan.
  2. No kad pengenalan / surat beranak.
  3. Keputusan peperiksaan / ujian.
  4. Status ibubapa ( berkahwin / bercerai / meninggalkan rumah dll ).
  5. No telefon rumah atau telefon bimbit adalah WAJIB.
# Permohonan baru yang tidak lengkap tidak akan diproses.


Semua Borang Permohonan Baru Asal Sahaja Diterima.

          Yayasan tidak menerima salinan fax.


Semua Borang Tuntutan Tahunan Asal atau email Sahaja Diterima.
  • Yayasan tidak menerima salinan fax.
  • Dokumen email perlu mendapat pengesahan Guru Besar dengan tandatangan dan cop rasmi.
  • Ini bermaksud dokumen tersebut perlu discan terlebih dahulu.
  • Tarikh tutup penghantaran tuntutan ialah akhir bulan Febuari setiap tahun.


Semua Makluman Rasmi Akan Dihantar Melalui eMail

  1. Mulai tahun 2012 semua surat menyurat akan dihantar melalui email secara scan copy.
  2. Nama baru tahunan akan dihantar melalui pos.
  3. Pihak yayasan akan menghantar SMS kepada guru penyelaras selepas email dihantar.
  4. Pihak sekolah perlu update alamat email sekolah atau guru penyelaras dari semasa ke semasa.


Majlis Makan Malam Tahunan

  1. Untuk guru-guru penyelaras yang dijemput sahaja.
  2. Guru ganti tidak dibenarkan.
  3. Guru penyelaras tidak dibenarkan membawa keluarga.

Pertukaran Guru Penyelaras / PK Hem / Guru Besar.

  • Pihak sekolah perlu memaklumkan kepada pihak yayasan secepat mungkin.
  • Pihak sekolah perlu mengemaskini nama dan nombor telefon guru penyelaras.


Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR

  1. Wang tunai penerima anugerah dianggarkan antara RM 2000 ke RM 5000.
  2. Bilangan kehadiran penerima anugerah 3 orang sahaja iaitu ibu, bapa dan anak angkat setia.
  3. Penggantian adik-beradik dibenarkan sekiranya ibubapa tidak dapat hadir.


Pakaian Seragam Sekolah / Beg / Alat Tulis.

  • Kang Store
  • Kedai Hong Sheng.

Kem Kecemerlangan UPSR.
  • Tarikh, masa dan tempat akan ditentukan oleh pihak yayasan.
  • AJK terdiri daripada guru penyelaras sekolah angkat SP Setia.




SUSU 1 MALAYSIA

Program Susu 1 Malaysia ( PS1M ) Adalah Kesinambungan Program Bantuan Susu Sekolah Yang Mana Telah Dimulakan Oleh Kementerian Pelajaran Malaysia Pada Tahun 1983.  Ia Merupakan Satu Program Bagi Meningkatkan Tahap Makanan Murid-Murid Sekolah Rendah Terutama Di Sekolah-Sekolah Luar Bandar.  Di Bawah PS1M, Murid-Murid Akan Diberi Susu UHT Sepanjang Pelaksanaan Program.  Bagi Memastikan Susu Yang Diberi Kepada Murid Berkualiti Dan Selamat, Maka Bererapa Garis Panduan Pengendalian Susu Ini Diwujudkan.

Keperluan Stor

Stor Yang Digunakan Bagi Menyimpan Bekalan Susu Hendaklah Dibina Supaya Dapat Mengawal Risiko Pencemaran Serta Mempunyai Ciri-Ciri Berikut :

  1. Stor Mestilah Bertutup Dan Dilindungi Dari Makhluk Perosak Dan Haiwan Peliharaan.
  2. Hendaklah Digunakan Hanya Untuk Menyimpan Makanan Dan Minuman Dan Bahan Lain Yang Tidak Mencemarkan.
  3. Dinding Lantai Dan Rak Diperbuat Daripada Bahan Yang Mudah Dicuci Dan Dinyahjangkit, Rata, Tidak Menyerap Kekotoran Serta Tahan Hakisan.
  4. Sekolah Tidak Dibenarkan Menyimpan Stok Susu Dalam Jumlah Yang Banyak.  Bekalan Yang Boleh Disimpan Adalah Dalam Jumlah Yang Mencukupi Bagi Pengagihan Untuk Jangka Masa 1 Bulan Sahaja.  Susu Tidak Boleh Disimpan Lebih Daripada 6 Minggu Di Sekolah.
  5. Pencahayaan Semulajadi Atau Buatan Yang Sesuai Adalah Diperlukan Bagi Beroperasi Dalam Keadaan Baik.
  6. Pengudaraan Yang Mencukupi Perlu Disediakan Untuk Mengelakkan Bahang Yang Berlebihan, Kondensasi, Kotoran Dan Wap.
  7. Perlu Ada Sistem Kawalan Makhluk Perosak.


Kaedah Penyimpanan.
  1. Susu Hendaklah Di Susun Pada Ketinggian 20sm Dari Lantai Atau Jika Menggunakan Pallet Hendaklah Mempunyai Ketinggian Sekurang-kurangnya 15sm Dari Lantai.
  2. Susu Hendaklah Berada Sekurang-kurangnya 15sm Jarak Dari Dinding
  3. Menggunakan Kaedah Susunan Yang Sesuai Bagi Mengelakkan Kotak Bergoyang Dan Terjatuh Contohnya Interlocking Stacking System.
  4. Penyimpanan Hendaklah Berdasarkan Kepada Tarikh Luput Dan Nombor Batch / Tarikh Luput Bagi Memudahkan Amalan Penggiliran Stok FIFO ( Masuk Dulu, Keluar Dulu ) Dilaksanakan.
  5. Jangan Menyusun Kotak Melebihi Ketinggian Yang Dibenarkan ( 8 - 10 Tray ).  Beban Yang Melampau Akan Merosakkan Susu Di Lapisan Bawah.
  6. Mengeluarkan Kotak Susu Yang Telah Rosak Atau Tercemar Dari Stor Penyimpanan.
  7. Penyimpanan Susu Ke Dalam Stor Penyimpanan Hendaklah Dijalankan Dengan Cermat.  Mencampak, Menghempas, Berdiri Atau Duduk Di Atas Kotak Susu Adalah Dilarang Samasekali.
  8. Mengamalkan Sistem FIFO ( Masuk Dahulu, Keluar Dahulu ) Dalam Pengurusan Stok.
  9. Stor Hendaklah Sentiasa Berkunci.
  10. Susu Perlu Disimpan Pada Suhu Tidak Melebihi 30 Darjah Celcius.



Senarai Semak Penerimaan Susu Oleh Guru.

Semasa Penerimaan Susu UHT, Petugas Yang Menerima Bekalan Susu Hendaklah Memastikan Perkara-Perkara Berikut DiPatuhi :


  1. Merekod Maklumat Penerimaan Dalam Buku Log.
  2. Menerima Bekalan Susu Dalam Bentuk Karton ( 24 Kotak Susu ) Yang Lengkap Dan Berkeadaan Baik.
  3. Memeriksa Keadaan Fizikal Kotak Susu UHT.
  4. Mematuhi Kaedah Penyimpanan Yang Selamat.
  5. Susu Perlu Terletak Dengan Kemas Dalam Tray Dan Mempunyai Nombor Batch / Tarikh Luput Yang Sama Untuk Setiap Tray.
  6. Semua Kotak Mesti Mempunyai Nombor Batch / Tarikh Luput.
  7. Tiada Tanda Kerosakan Seperti Berikut :
  • Kelembapan Pada Pembungkus Luar Akibat Kebocoran.
  • Bocor Atau Pecah.
  • Mengelembung.
  • Kemek, Tanda Lipatan Pada Kotak Dan Lipatan Pada Tepi Kotak Terbuka.  Kesan-Kesan Makhluk Perosak ( Najis Tikus, Telur Lipas, Gigitan Pada Kotak Dan Lain-Lain )

PERINGATAN :

# Petugas Yang Menerima Bekalan Susu Mempunyai Hak Untuk Menolak Kesemua Lot Penghantaran Susu Sekiranya Terdapat Kotak Susu Yang Rosak Atau Tidak Mempunyai Nombor Batch / Tarikh Luput.

# Kotak-Kotak Yang Mempunyai Kesan Kerosakan Fizikal Di Atas Tidak Harus Diterima Dan Hendaklah Dike,balikan Kepada Pembekal.

# Maklumat Kerosakan Susu Dan Ketiadaan Nombor Batch / Tarikh Luput Hendaklah Direkod Dan Dilaporkan Ke Jabatan Pelajaran Negeri.


Pengagihan Susu Di Sekolah.

a) Sebelum Susu UHT diagihkan Kepada Murid-Murid Di Sekolah, Guru Atau Petugas Hendaklah Memastikan :

  1. Nombor Batch / Tarikh Luput Susu UHT.
  2. Tarikh Dan Masa Pengagihan.
  3. Nama Kelas / Bilangan Murid.

b) Menyimpan "Holding Sample" Susu UHT ( 2 kotak ) Bagi Setiap Batch Atau Tarikh Luput Yang Akan DiAgihkan Dan Disimpan Selama 3 Hari.  Sampel Tersebut Hendaklah Disimpan Di Dalam Plastik Dan Dilabelkan Dengan Maklumat Tarikh Dan Masa Agihan.

c) Memastikan Tiada Tanda-Tanda Berikut Pada Kotak Susu UHT :

  1. Tanda Kelembapan Pada Pembungkus Luar Akibat Kebocoran.
  2. Bocor Atau Pecah.
  3. Mengelembung.
  4. Tanda-Tanda Akibat Menerima Tekanan Seperti Kemek, Tanda Lipatan Pada Kotak Atau Telinga Pada Tepi Kotak Terangkat.
  5. Tanda Atau Kesan Gigitan Makhluk Perosak.

d) Guru Atau Petugas Hendaklah Memberi Penerangan Kepada Murid-Murid Sebelum Minum Susu Tentang Perkara-Perkara Berikut :

  1. Amalan Membasuh Tangan.
  2. Pastikan Kotak Tidak Kembung / Kemek / Bocor.
  3. Pastikan Tarikh Belum Luput.
  4. Goncang Pek Susu.
  5. Rasa Sedikit, Jika Susu Masam Jangan Minum Dan Laporkan Kepada Guru.
  6. Jika Susu Masih Elok, Minum Sehingga Habis.
  7. Jangan Simpan Baki Susu Yang Sudah DiMinum.
  8. Buang Kotak Susu Ke Dalam Tong Sampah.

e) Selepas Pengagihan, Sekiranya Guru Bertugas Menerima Aduan Mengenai Susu Masa, Beliau Perlu Mengambil Tindakan Berikut Dengan Serta Merta :

  1. Memberhentikan Agihan Susu Berkenaan.
  2. Memaklumkan Kepada GPK HEM.
  3. Menyimpan Baki Susu Yang Telah Terbuka Tadi Dan Menunggu Wakil Dari Jabatan Kesihatan.
  4. Memaklumkan Kepada Jabatan Pelajaran Untuk Tindakan Susulan Serta Merta.
  5. Menyerahkan "Holding Sampel"  Kepada Wakil Jabatan Kesihatan Yang Datang.Setelah Jabatan Kesihatan Selesai Dengan Pengambilan Sampel, Baki Susu Yang Telah Dibuka Bolehlah Dibuang Dan Baki Susu Yang Belum Dibuka Dengan Nombor Batch / Tarikh Luput Yang Sama Hendaklah Dipulangkan Kepada Pembekal.

f) Memastikan Buku Panduan Dan Poster Yang Berkaitan Dengan Bekalan Susu Sekolah Dipamerkan Di Tempat Yang Mudah Dibaca Oleh Guru Dan Murid.



PIL VITAMIN 1MALAYSIA.




PROGRAM EDUCATIONAL CITY HOTEL ( EDU CITY-TEL )

Program Meliputi Wilayah Ekonomi Koridor Utara ( NCER ).
Keluasan Meliputi Wilayah Utara Perak, Pulau Pinang, Kedah Dan Perlis. ( 2.4 Juta Hektar )
Diuruskan Oleh Agensi Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara ( NCIA ).
Program Dengan Kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia Dan Koridor Utara.

Matlamat.

  1. Menyediakan Pendidikan Yang Menyeluruh Kepada Pelajar.
  2. Mengurangkan Jurang Pendidikan Berkualiti Di Antara Pelajar Bandar Dan Luar Bandar.
  3. Penguasaan Akademik Dan Ko-Kurikulum Serta Pembangunan Jati Diri.

Kriteria Pemilihan.

  1. Sederhana Akademik ( B / C )
  2. Kemasukan Tahun 5. Tamat Tahun 6. Temuduga Ketika Tahun 4.
  3. Pelajar Lelaki Sahaja.
  4. Luar Bandar.
  5. Ibubapa Berpendapatan Rendah.
  6. Berpotensi Memajukan Diri.
  7. Aktif Ko-Kurikulum.
Pelan Tindakan Pemilihan.
  1. Pihak Koridor Utara Memaklumkan Kepada Jabatan Pelajaran Negeri.
  2. Jabatan Pelajaran Memaklumkan Kepada Pihak Sekolah.
  3. Guru Mencalonkan Murid Mengikut Kriteria Yang Ditetapkan.
  4. Pencalonan Mendapat Sokongan Dan Kelulusan Ibubapa.
  5. Murid Yang Dicalonkan Menduduki Ujian Kali Pertama ( Akademik ). Soalan Berkisar Dalam Matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains Dan IQ.
  6. Murid Yang Lulus Ujian Pertama Menduduki Ujian Kali Kedua ( Jati Diri ). Mengambil Masa 3 Hari 2 Malam. Penilaian berfokus Kepada Ketrampilan Diri Murid, Potensi Murid, Kesediaan Untuk Tinggal Di Asrama Dan Interaksi Dengan Murid Lain.
  7. Murid Yang Berjaya Kedua-dua Ujian Ini Akan Ditawarkan Mengikuti Program Ini.
  8. Murid Membuat Persediaan Terakhir Dan Menjalani Pemeriksaan Kesihatan.
  9. Murid Melapor Diri Dan Membuat Pendaftaran.


Kemudahan Yang Disediakan.

  1. Menyedia Dan Menguruskan Kemudahan Asrama Di Tempat Yang Terpilih.
  2. Menyediakan Sekolah Hos Yang Cemerlang Dari Segi Akademik Dan Ko-Kurikulum.
  3. Makan Dan Minum.
  4. Fasilitator Di Asrama.
  5. Makmal Komputer.
  6. Kafeteria.
  7. Surau.
  8. Kelas Persediaan.
  9. Bas.
  10. Dobi.
  11. Dewan Serbaguna.
  12. Pejabat Pentadbiran.
  13. 2 Pasang Uniform Sekolah.
  14. Wang Saku. RM 2.00 Sehari.


Sasaran Program. ( Character Building )

  1. Cemerlang Di Dalam Keputusan UPSR.
  2. Mahir ICT.
  3. Cintai Ilmu Dan Minat Membaca.
  4. Aktif Dalam Sukan.
  5. Aktif Dalam Seni Mempertahankan Diri.
  6. Memupuk Sikap Kesukarelawan.
  7. Memupuk Sifat Keusahawanan.

YAYASAN TUANKU SYED PUTRA

Sila klik