DISIPLIN

BAHAN RUJUKAN DISIPLIN.

klik gambar



AKTA PELAJARAN.




ORDINAN PELAJARAN, 1957
PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN
( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959.


2 tahun 1957




Tajuk ringkas dan pemakaian.









Tafsiran.



P.U.(A)130 80






Perlantikan Guru Besar.



















Tanggungjawab Guru Besar atas disiplin.


Kuasa-kuasa
Guru Besar.






















Perwakilan kuasa oleh Guru Besar.












Murid-murid tidak boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pilihanraya atau politik.







































Kuasa guru besar menggantung persekolahan atau membuang murid dari sekolah









Kuasa pendaftar mengarahkan pembuangan murid dari sekolah.












Rayuan.














Catatan dibuang sekolah dalam sijil berhenti sekolah.




Syarat masuk balik sekolah.












Kuasa menutup sekolah, dll, dalam hal keadaan tertentu






































Penalti














Kuasa memberi pengecualian





Pembatalkan
L.N. 452 56.



Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 116 Ordinan Pelajaran, 1957,   Menteri dengan ini membuat peraturan-peraturan yang berikut :

1.     Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ), 1959, dan hendaklah dipakai bagi semua sekolah daripada :-

(a)      sekolah yang dikecualikan daripada pendaftaran di bawah seksyen 114(2) Ordinan dan

(b)      sekolah gaya pos

2.     Dalam  peraturan-peraturan ini,  melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain -

“ Pihak berkuasa pelantik ” ertinya orang atau badan yang bertanggungjawab pada masa itu bagi melantik mana-mana orang menjadi Guru Besar sesebuah sekolah.

“ Pendaftar Besar ” ertinya Pendaftar Besar Sekolah-sekolah yang dilantik di bawah seksyen 57(1) Ordinan ;

“ Pendaftar ” ertinya Pendaftar Sekolah-sekolah yang dilantik di bawah seksyen 57(2) Ordinan.

3.     (1)  Apabila melantik seseorang menjadi Guru Besar sesebuah sekolah,  pihak berkuasa pelantik hendaklah dengan seberapa segera yang boleh, memberitahu Pendaftar tentang perlantikan itu.

(2)   Pendaftar hendaklah mencatatkan nama Guru yang dilantik menjadi Guru Besar di mana-mana sekolah dalam daftar sebagai nama guru besar sekolah itu.

(3)   Apabila Guru Besar sesebuah sekolah bersara atau berhenti bertindak sebagai Guru Besar, badan berkuasa pelantik hendaklah dengan seberapa segera yang boleh melaporkan hal itu secara bertulis kepada Pendaftar, yang hendaklah dengan membuat apa-apa catatan dalam daftar itu sebagaimana perlu.

(4)   Dalam peraturan ini “daftar” ertinya daftar yang disimpan di bawah seksyen 59 Ordinan.

4.     Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas Guru-Guru dan murid-murid sekolah itu.

5.     (1)  Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid,  Guru Besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat :
Dengan syarat bahawa –

(a)   hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang : dan

(b)   hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang Guru atau lain-lain kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan ditapak tangan ataupun dipunggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah dijalankan hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.

(2)     Satu rekod mengandungi semua hukuman yang dijalankan dibawah perenggan hendaklah disimpan secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh Pendaftar.


6.     Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa,  tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yand difikirkannya patut,  mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada Guru-Guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu ,  tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorang pun Guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu .

   Dengan syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana orang selain daripada guru berdaftar.

7.     (1)  Tiada seorang pun murid yang berumur kurang daripada dua puluh satu tahun yang belajar di mana-mana sekolah boleh

(a)   merayu undi bagi pihak mana-mana parti atau pertubuhan politik, atau mana-mana calon dalam sesuatu pilihanraya ;

(b)   dengan tujuan menyokong atau menentang mana-mana parti atau pertubuhan politik,  atau pencalonan mana-mana individu dengan menentang seorang atau beberapa orang lain dalan sesuatu pilihanraya, berucap atau mengganggu mana-mana perjumpaan awam yang sah ;

(c)   menyebar atau menyebab disebarkan apa-apa penulisan politik, dokumen atau lain-lain propaganda bagi pihak atau untuk menyokong sesuatu parti atau pertubuhan politik atau yang ada hubungan dengan mana-mana calon yang sedang bertanding dalam sesuatu pilihanraya.

(d)   Mengganggu perjalanan sesuatu perjumpaan awam yang sah dengan cara yang mungkin menghalang perjalanan urusan perjumpaan yang diadakan itu ;


(e)   Mengambil bahagian dalam mana-mana perarakan atau perhimpunan yang dikelolakan atau diadakan dengan tujuan untuk menyokong atau menentang mana-mana parti atau pertubuhan politik atau apa-apa pendapat politik atau mana-mana calon dalam sesuatu pilihanraya.

(2)   Dalam peraturan ini “ pilihanraya ” ertinya pemilihan seseorang ahli untuk Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa tempatan.

8.     Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan memuaskan hati Guru Besar sesebuah sekolah –

(a)   sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau ketenteraman di mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahannya ataupun dibuang sekolah; atau

(b)   yang seseorang murid telah melanggar peruntukan-peruntukan peraturan 7, ia boleh dengan perintah menggantung murid itu dari hadir sekolah selama suatu tempoh yang difikirkannya patut atau membuang murid itu dari sekolah.

9.     (1)  Pada bila-bila masa sahaja –

(a)   Didapati dengan memuaskan hati Pendaftar sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau ketenteraman dimana-mana sekolah :

Atau

(b)   Pendaftar diarahkan sedemikian oleh Pendaftar Besar : atau

(c)   Pendaftar berpuas hati bahawa telah berlaku pelanggaran terhadap peraturan 7.


10.   (1)  Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang digantung persekolahannya atau dibuang sekolah di bawah peraturan 8(a) boleh merayu kepada Pendaftar yang boleh membuat suatu perintah mengenainya sebagaimana difikirkannya patut :

(2)   Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang dibuang sekolah mengikut mana-mana perintah yang dibuat di bawah peraturan 8(b) atau peraturan 9 boleh, dalam tempoh satu bulan dari tarikh murid itu dibuang sekolah atau dari tarikh perintah yang disebut dalam peraturan 9(2) disampaikan kepadanya, mengikut mana yang lebih lama, merayu kepada Menteri mengikut peruntukan-peruntukan seksyen 90 dan 91 ordinan.

11.   Sijil berhenti sekolah tiap-tiap murid yang dibuang sekolah di bawah peruntukan-peruntukan peraturan 8  atau 9 hendaklah dicatat oleh Guru Besar dengan catatan yang menyatakan murid itu telah dibuang sekolah di bawah peruntukan-peruntukan Peraturan-Peraturan ini.

12.   Seseorang murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah yang dibuat di bawah peraturan 9 tidak boleh selepas itu, (melainkan jika perintah itu telah terlebih dahulu dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang membuatnya ).

(a)   masuk atau dibenarkan masuk ke dalam          kawasan sekolah itu; atau

(b)     diterima  masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain, tanpa kebenaran  Pendaftar Besar.

13.   (1)  Jika, pada pendapat Pendaftar, perlu atau dikehendaki oleh kerana apa-apa hal tak tenteram atau ketiadaan disiplin di pihak murid atau pelajar sesebuah sekolah yang sekolah itu patut ditutup sementara waktu, maka Pendaftar boleh, dengan perintah secara bertulis, menutup sekolah itu selama suatu tempoh, tidak melebihi satu bulan dari tarikh perintah tersebut itu, sebagaimana difikirkannya perlu.

(2)   Tiada seorang pun boleh tanpa sebab yang munasabah masuk atau cuba masuk atau tinggal di premis itu yang digunakan sebagai atau berkaitan dengan sesebuah sekolah yang mana suatu perintah yang dibuat di bawah perenggan (1) adalah berkuatkuasa.

(3)   Mana-mana pegawai polis boleh, tanpa waran masuk dan menggeledah mana-mana sekolah atau mana-mana bangunan / premis yang digunakan sebagai atau berkaitan dengan sekolah itu yang suatu perintah telah dibuat di bawah perenggan (1) peraturan ini dan boleh menghalau keluar sesiapa juga yang terjumpa didalamnya; dan untuk memasuki mana-mana bahagian premis itu, pegawai polis boleh menggunakan kekerasan yang perlu untuk memecah buka pintu atau tingkap yang di luar atau di dalam jika, setelah menunjukkan kuasa dan tujuannya dan izin masuk telah dibuat dengan sempurnanya, ia tidak dapat dengan cara itu masuk premis itu.

(4)   Apa-apa perintah yang dibuat di bawah perenggan (1) boleh pada bila-bila masa semasa masih berkuatkuasa dibatalkan oleh Menteri, tetapi tanpa menyentuh sahnya perintah yang lalu atau apa-apa jua yang dilakukan di bawahnya atau kuasa Pendaftar untuk membuat perintah baru di bawah peraturan ini.

14.   Mana-mana murid yang tidak mematuhi mana-mana perintah yang dibuat di bawah peraturan 8 atau 9, atau yang melanggar peruntukan-peruntukan peraturan 12 dan sesiapa jua yang tidak mematuhi peruntukan-peruntukan peraturan 11 atau peraturan 13(2) boleh dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-dua denda atau penjara itu; dan sesiapa jua yang tidak mematuhi peruntukan-peruntukan mana-mana peraturan lain boleh dikenakan denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit bagi kesalahan kali pertama dan dua ratus ringgit bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya.

15.   Menteri boleh dengan perintah mengecualikan mana-mana sekolah atau golongan sekolah semua atau mana-mana peruntukan Peraturan-peraturan ini, sama ada dengan  mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan , dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan mana-mana pengecualian itu atau memansuhkan atau meminda atau menambah kepada syarat-syarat itu.

16.   Peraturan-peraturan ( Disiplin ) Sekolah 1956 adalah dengan ini dibatalkan.

Diperbuat pada 20hb. Februari, 1959.
( M.E. 040 : AG.FM.Y/26/64/8: AG/FM/Y/
98/6-Vol.II/4 )

MOHAMED KHIR JOHARI
Menteri Pelajaran








AKTA-AKTA LAIN YANG BERKAITAN.
  • Akta Kanun Keseksaan.
  • Akta Multimedia.
  • Akta Kanak-Kanak 2001.
  • Akta Dadah Merbahaya.


PRINSIP UNDANG-UNDANG.

IN LOCO PARENTIS - Bermakna IBU/BAPA menyerahkan sebahagian daripada Autoriti mereka kpd. Guru, Pengetua dan pihak sekolah dalam proses menghantar anak mereka ke sekolah

INTRA VIRES Melaksanakan tanggungjawab mengikut peraturan perundangan yang ditetapkan .
VIRES - Tindakan pihak berkuasa di luar batas kuasa yang diberikan.
MALA FIDE - Niat  buruk/jahat.
LIABILITI VIKARIUS - Keadaan di mana pihak majikan (KPM) dianggap turut bertanggungjawab terhadap kesalahan pekerjanya dalam suatu tuntutan kes kecuaian .

UNDANG-UNDANG TORTUndang-undang yang berkaitan dengan peruntukan ganti rugi kepada plaintif terhadap kecederaan peribadi dan kerosakan harta yang disebabkan oleh kecuaian defendan

TORTSesuatu kesalahan yang dilakukan oleh defenden dan membolehkan plaintif mendapat ganti rugi di dalam mahkamah sivil .


SURAT-SURAT PEKELILING IKHTISAS.


  1. Pakaian Seragam Sekolah.
  2. Mengatasi Masalah Keciciran
  3. Merokok
  4. Pengharaman Judi
  5. Pakaian Seragam Untuk Murid-murid Sekolah Menengah.
  6. Potongan Rambut Murid
  7. Menganjur Dan Menjual Loteri Di Sekolah-sekolah.
  8. Pakaian Murid-murid Perempuan Di Sekolah Menengah.
  9. .Pakaian Seragam Sekolah-sekolah
  10.  Acara Suaikenal Di Sekolah / Ragging.
  11. Mengenakan Hukuman Biasa ( Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan )
  12. Larangan Bermain Bahan Letupan.
  13. Garis Panduan Kempen Anti Merokok.
  14. Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah ( Pindaan ).
  15. Pemakaian Tudung / Mini Telekung Bagi Pelajar-Pelajar Perempuan.
  16. Pakaian Seragam Sekolah.
  17. Laporan Kepada Polis Salahlaku Yang Berbentuk Jenayah.
  18. Menangani Masalah Ponteng.
  19. Pelaksanaan Kuasa Disiplin Dan Hukuman Di Sekolah.
  20. Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok.
  21. Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok.
  22. Membanteras Jenayah Di Kalangan Murid-Murid Sekolah.
  23. Menangani Masalah Keselamatan, Dadah Dan Gengster.
  24. Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif.
  25. Pemantapan Pengurusan Disiplin Di Sekolah.
  26. Peringatan Mengenai Pengaruh Negatif Cyber Cafe Dan Pusat Permainan Video Kepada Murid-Murid Sekolah.
  27. Kuasa Guru Merotan Murid.
  28. Ke Arah Membudayakan Nilai Berterima Kasih.
  29. Panduan Penggunaan Telefon Bimbit Oleh Murid Sekolah Bertarikh 23 Dis 2005.
  30. Penguatkuasaan Larangan Membawa Dan Mengguna Telefon Bimbit Oleh Murid Di Sekolah.
  31. Garis Panduan Mencegah Dan Menangani Perbuatan Buli Dalam Kalangan Murid Di Sekolah.8 ( 10 ) 
  32. Pelaksanaan Standard Operating Prosedure ( S.O.P )  1:3:7 Pelaporan Dan Menangani Isu Disiplin Murid. 7 ( 11 )
  33. Peraturan Berkenaan Rambut Dan Pemakaian Steel Bangel ( KARA ) oleh murid keturunan Sikh.3 ( 11 )


SALAHLAKU DAN HUKUMAN

 

Pengertian Salah Laku Berat


1.1       Kesalahan-kesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahan-kesalahan seperti mana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran yang sedia ada seperti mana Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Kesalahan yang mana perbuatannya membahayakan keselamatan diri atau murid lain atau pihak lain dan melahirkan tingkah laku curang yang bertentangan dengan kehendak-kehendak peraturan dan matlamat yang hendak dicapai.

1.2       Lebih kuat tujuan sesuatu perbuatan salah laku, lebih meningkat bahaya yang didatangkan, lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh –sungguh pelajar melakukan tingkah laku jenayah (curang) sehingga boleh mengganggu ketenteraman maka lebih beratlah hukuman yang dikenakan sehingga boleh dibuang sekolah.

1.3       Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal dengan salah lakunya.




KESALAHAN BERAT ( KATEGORI A)

 

Kod


 

Jenis Kesalahan

 

Tindakan/Hukuman

 

Pekeliling/Akta

A01
Menyimpan, membawa mengedar, menghisap atau bersubahat dalam kegiatan dadah berbahaya.



Tindakan:

1.Hubungi ibu/bapa/penjaga.
2.Hubungi agensi berkaitan/polis.
3.Laporkan kepada JPN.
4.Kaunseling.
5.Mendokumentasikan.

Hukuman:

1.Amaran keras.
2.Dirotan 1-3 kali.
3.Membayar ganti rugi.
4.Digantung persekolahan tidak melebihi 14 hari.
5.Dibuang sekolah.
6.Mahkamah.

Kuasa Pelaksana:

1.Pengetua.
2.Guru Besar.
3.Guru yang diberi kuasa.



Peraturan-peraturan Pelajaran (disiplin Sekolah) 1959.

Akta Dadah Berbahaya
Akta Senjata Api.
Akta Rumah Judi.
Kanun Keseksaan.


Pekeliling ikhtisas:

Bil.1/1972
Bil.6A/1975
Bil.9/1975
Bil.8/1983
Bil.6/1995
Bil.7/1995
Bil.4/1996
Bil.4/1997
Bil.8/1998
Bil 10/1998
Bil.18/1998
Bil.6/2000
Bil.11/2000

A02
Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.


A03
Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman beralkohol atau sebarang benda yang memabukkan/ menghayalkan.

A04
Menyebabkan/melakukan pergaduhan atau kekerasan.

A05
Membunuh/menyebabkan kematian/cuai menyebabkan kematian

A06
Mengancam, menyerang, memukul dan mencederakan.

A07
Biadap dan tingkah laku tidak sopan.

A08
Memeras ugut dan mengugut yang membawa kepada ketakutan/harta benda.

A09
Membawa/menyimpan/menggunakan senjata api, senjata berbahaya, bahan letupan atau alat berbahaya.

A10
Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap pelajar lain.

A11
Mencuri, merompak,samun, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.

A12
Menganjur, melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan
A13
Mencetak, menerbit, mempamerkan, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita rakaman dan multimedia yang dilarang.

A14
Membabitkan diri dalam kumpulan haram atau kongsi gelap/gengsterisme.

A17
Melacur/menjadi bohsia/ bohjan/ gigolo/ lesbian/ gay dan kecelaruan gendar

A18
Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral /bercumbuan.

A19
Menulis atau mengeluarkan kenyataan media dan perbuatan yang mencemarkan nama sekolah

A20
Merosakkan harta benda sekolah dan kepunyaan orang lain.

A21
Menulis perkataan atau melukis gambar lucah

A22
Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.

A23
Menyalahgunakan alat permainan, atau bahan-bahan multimedia

A24
Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan  dengan nilai-nilai masyakarakat Malaysia.

A25
Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut), selama 31 hari atau berkala selama 60 hari dalam satu tahun sesi persekolahan.

A26
Menganggu/menjejaskan kuasa Pengetua atau guru yang menjalankan tugas.

A27
Mengedar,memiliki , membawa , melukis dan mempamerkan bahan lucah.

A28
Mengeluarkan kata-kata lucah,kesat dan melakukan perbuatan lucah.

A29
Melakukan hubungan yang mencurigai

A30
Tidak amanah , menipu dan meniru ketika ujian/peperiksaan.

A31
Melibatkan diri dalam ajaran sesat /parti-parti politik dan menyebarkan fahaman serta mengedar risalah atau lambing-lambang.

A32
Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa sekolah.

A33
Melakukan mana-mana kesalahan sederhana melebihi tiga kali



*Nota :  Membayar ganti rugi bagi kesalahan yang menyebabkan kerugian,    hendaklah berbincang dengan ibu bapa /penjaga kerana pelajar tidak mempunyai sumber kewangan sendiri untuk  membayar ganti rugi.
*Bagi kesalahan A31 yang melibatkan parti-parti politik, perlu dibaca bersama –sama dengan Peraturan 7 , Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah ) 1959 yang membenarkan Pengetua/Guru Besar menggantung/membuang pelajar dari sekolah di bawah Peraturan 8(b)

PERINGATAN

Pengetua, Guru Besar dan guru yang diberi kuasa diingatkan bahawa setiap kesalahan berat yang serius yang melibatkan undang-undang negara adalah DIMESTIKAN melaporkan kejadian tersebut kepada  pihak POLIS DIRAJA MALAYSIA dengan segera. Di antara jenis-jenis kesalahan yang serius adalah seperti berikut :

1.            Membunuh/menyebabkan kematian / cuai menyebabkan kematian
2.            Pengedaran dadah berbahaya
3.            Mengugut /Pemerasan
4.            Rogol / Mencabul kehormatan
5.            Gaduh berkumpulan/ dengan senjata api /Merusuh
6.            Memiliki /Menggunakan senjata api / bahan letupan
7.            Mendatangkan cedera parah
8.            Menculik
9.            Membawa / mengedarkan bahan-bahan lucah
10.        Samun / merompak / mencuri
11.        Mana-mana kesalahan yang dianggap serius.

Pengertian Salah Laku Sederhana

1.1                  Kesalahan yang mana perbuatannya boleh membawa kepada gangguan ketenteraman
Sekolah tetapi tidak sampai mendatangkan bahaya dan kemudahan kepada diri atau
Murid lain atau pihak lain.

1.2                  Sekiranya lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh-sungguh murid itu
Melakukannya boleh membawa kepada ikutan oleh murid lain dan kemudahan,
Keharmonian system pendidikan di sekolah.

1.3                  Lebih meningkat perlakuan negatif ini yang didatangkan maka lebih tingkat pulalah
Hukuman yang patut diberi sehingga boleh digantung persekolahan.

1.4                  Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal dengan
Salah lakunya.
                                         

KESALAHAN SEDERHANA KATEGORI ( B )

Kod

Jenis Kesalahan

Tindakan/

Hukuman

Pekeliling/
Akta
B01
Meyalahgunakan/menggunakan peralatan/sumber bekalan eletrik sekolah tanpa kebenaran


Tindakan :

1. Surat
    kepada
    ibubapa/
    penjaga
2. Kaunseling
3. Mendokumentasikan

Hukuman:

1. Amaran keras
2. Dirotan 1 – 3 kali
*3. Membayar ganti rugi
4. Digantung 
    persekolahan tidak
    melebihi 14 hari
5. Dibuang sekolah
6. Mahkamah

Kuasa Pelaksana :


1. Pengetua
2. Guru Besar
3. Guru yang diberi
   kuasa

Peraturan-peraturan
Pelajaran
( Disiplin Sekolah )
1959

Akta Dadah Berbahaya

Akta Senjata Api

Akta Rumah Judi

Kanun
Keseksaan

Pekeliling
Ikhtisas :

Bil 1/1972
Bil. 6A/1975
Bil. 9/1975
Bil.8/1983
Bil.6/1995
Bil.7/1995
Bil.4/1996
Bil.4/1997
Bil.8/1998
Bil.10/1998
Bil.18/1998
Bil.6/2000
Bil.11/2000


B02
Keluar dari sekolah tanpa kebenaran

B03
Ponteng sebarang acara rasmi sekolah

B04
Tidak menghormati lagu-lagu/bendera/jata sekolah,negeri dan kebangsaan.

B05
Fesyen rambut keterlaluan seperti punk,skin head atau berwarna.

B06
Mencukur bulu kening bagi pelajar permpuan.

B07
Menconteng pada harta benda sekolah dan orang lain.

B08
Memakai barang kemas/perhiasan diri keterlaluan, menindik telinga/ lidah/ hidung/ bawah bibir dan memakai subang lebih daripada satu pada bawah cuping telinga.

B09
Melukis tatu (tattoo),memakai inai pada angggota badan.

B10
Membawa masuk orang lain ke dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran.

B11
Kesalahan lain yang difikirkaan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah.

B12
Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga ( 3 ) kali.

B13
Membawa barangan larangan yang diwartakan oleh pengetua.


* Nota : Membayar ganti rugi bagi kesalahan yang menyebabkana kerugian , hendaklah
berbincang dengan ibu bapa/penjaga kerana pelajar tidak mempunyai sumber  kewangan sendiri untuk membayar ganti rugi.


Pengertian Salah Laku Ringan

1.1.1        Kesalahan-kesalahan salah laku yang dinyatakan seperti mana yang dibekalkan dalam Pekeling Ikhtisas Bil. 9/1975. Salah laku yang tidak dinyatakan dalam peraturan, misalnya, membuat bising dalam darjah, kerkeliaran (loitering) dan berbagai lagi perbuatan yang tidak diingini.

1.1.2        Salah laku dan kelakuan pelajar yang telah melakukan perbuatan salah laku dilihat sebagai kurang dikenakan hukuman lebih berat lagi.

1.1.3        Lebih meningkat perlakuan salah laku ini yang didatangkan maka lebih tingkat pulalah       hukuman yang patut diberi sehingga boleh diberi Amaran Ketiga

1.1.4        Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal dengan
salahlakunya.


KESALAHAN RINGAN KATEGORI ( C )

Kod
Jenis Kesalahan
Tindakan / Hukuman
Pekeliling/Akta
C01
Menyimpan misai , janggut atau jambang



Tindakan:

1.Surat kepada ibu bapa/penjaga
2.Kauseling
3.Mendokumetasikan

Hukuman:

1.Amaran Satu
2.Amaran dua
3.Amaran akhir
4.Aktiviti gotong-royong

Kuasa Pelaksana:

1.Penegetua
2.Guru Besar
3.Guru yang diberi kuasa


Peraturan-peraturan Pelajaran Disiplin Sekolah 1959


Pekeling Ikhtisas

Bil.1/1972
Bil.6A/1975
Bil.9/1975
Bil.8/1983
Bil.7/1995
Bil.6/1995
Bil.4/1997
Bil.4/1996
Bil.18/1998
Bil.6/2000
Bil.11/2000

C02
Berkuku panjang dan berambut panjang

C03
Bermain dalam bilik darjah , koridor atau kawasan yang dilarang

C04
Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah atau sekolah tampa kebenaran
.
C05
Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran

C06
Berada di kantin tanpa kebenaran pada waktu pengajaran dan pembelajaran.

C07
Mmenyimpan atau menggunkan alat permainan
Kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.

C08
Menggunakan harta benda sekolah tanpa kebenaran

C09
Memasuki dan tidak mematuhi arahan makmal bengkel/ bilik khas/ makmal komputer dan kenyataan bertulis

C10
Memakai barangan kemas atau perhiasan atau
alat solek
C11
Memasuki bilik khas tanpa kebenaran

C12
Makan atau minum di bilik darjah
C13
Melakukan pembaziran air dan eletrik
C14
Tidak memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap
C15
Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran
C16
Lewat ke sekolah tanpa mengamabil slip lewat
C17
Lewat bergerak ke tempat-tempat yang diarahkan
C18
Bising dalam bilik darjah dan semua acara rasmi sekolah sehingga mengganggu
C19
Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah
C20
Berjalan-jalan (berkeliaran) tanpa kebenaran dalam kawasan sekolah sewaktu pengajaran dan pembelajaran
C21
Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan
C22
Memasuki kawasan larangan


C23
Mengganggu guru
C24
Lewat masuk ke kelas
C25
Mengotorkan kelas
C26
Tidak duduk setempat
C27
Tidak mengikat rambut panjang dan klip rambut yang berjuntai (pelajar perempuan)





PENGERTIAN SALAH LAKU PONTENG

Di mana murid sekolah yang tidak hadir ke sekolah pada hari persekolahan rasmi tanpa alas an atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau doctor perubatan.

1.1              Ponteng Sekolah Secara Berterusan atau Berturut-turut.
Di mana murid sekolah telah tidak hadir ke sekolah secara berterusan atau                               berturut-turut tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau doktor perubatan selama 31 hari atau lebih.

1.2              Ponteng Sekolah Secara Berkala
Di mana murid sekolah telah tidak hadir ke sekolah secara berkala atau berselang-selang hari tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau doctor perubatan selama 60 hari atau lebih.


PENGERTIAN PONTENG KELAS

1.1       Di mana murid sekolah yang hadir ke sekolah telah tidak berada dalam kelas dalam satu-satu waktu pelajaran atau keseluruhan waktu pelajaran.

1.3              Murid ini masih berada di dalam kawasan sekolah.


PENGERTIAN PONTENG ACARA RASMI

1.1  Di mana murid sekolah yang tidak hadir ke acara rasmi sekolah yang dimestikan hadir sama ada di dalam sekolah atau di mana-mana di luar sekolah yang dianjurkan oleh pihak sekolah.




PONTENG ( P )

KOD
JENIS KESALAHAN
TINDAKAN/HUKUMAN
PEKELILING/AKTA
P01
Ponteng berterusan
·         3 hari berturut-turut

·         7 hari selepas amaran pertama

·         7 hari selepas amaran kedua

·         14 hari selepas amaran ketiga

Jumlah keseluruhan: 31 hari



·         Amaran pertama
       kauseling
·         Amaran kedua
Kaunseling
·         Amaran ketiga
Kaunseling
·         Buang sekolah



Peraturan-peraturan Pelajaran Disiplin Sekolah 1959.

Pekeliling Ikhtisas:

Bil.6/1995
P02
Ponteng tidak berturutan/berkala
·         10 hari

·         10 hari selepas amaran pertama

·         20 hari selepas amaran kedua

·         20 hari selepas amaran ketiga

Jumlah keseluruhan: 60 hari




·         Amaran pertama
kaunseling
·         Amaran kedua
kaunseling
·         Amaran ketiga
Kaunseling
·         Buang sekolah


Nota

Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan seperti berikut :

·         ( S )  jika pelajar tidak datang dengan bersebab
·         ( P )  jika pelajar tidak datang tanpa sebab (Ponteng)

Rujukan :         Buku Paduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia 1994.




Pengertian Hukuman

Hukuman boleh diertikan sebagai kuasa mengenakan hukuman bagi sesuatu salah laku.
Terdapat tiga unsur utama dalam pengertian hukuman :

1.1       Yang terpenting sekali ialah pengertian hukuman melibatkan salah laku yang sebenar atau diandaikan berlaku. Ini merupakan hukuman yang bersifat memberi balasan kepada sesuatu kesalahan yang telah dilakukan.

1.2       Hukuman hendaklah dikenakan oleh seseorang yang berkuasa ke atas yang dihukum.

1.3       Hukuman melibatkan sesuatu yang tidak menyenangkan dikenakan ke atas yang bersalah, ia boleh jadi tindakan fizikal bersifat positif yang menyakitkan, atau manafikan sesuatu yang disukainya.

1.4       Hukuman dalam Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru BesarDan Guru ialah Pembuangan Sekolah, Penggantungan Sekolah, Hukuman Dera (corporal punishment) , Penahanan (detention) dan Amaran.
                                              

Pengertian Pembuangan Sekolah


1.1       Hukuaman yang boleh dikenakan ke atas mana-mana murid yang didapati bersalah bersabit dengan mana-mana kategori salah laku berat selaras dengan Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplinj Sekolah) 1959.

1.2       Seseorang murid yang telah melakukan salah laku atau tingkah laku yang mengganggu berulangkali dan didapati tidak berubah selepas tindakan memulihnya diambil oleh Pengetua/Guru Besar atau tingkah lakunya mendatangkan gangguan yang serius kepada murid-murid lain dan terhadap keseluruhan disiplin sekolah, tindakan yang sesuai diambil ialah mengarahkan pembuangannya dari sekolah.

                                   

Pengertian Penggantungan Sekolah


1.1       Hukuman penggantungan merupakan satu arahan di mana seseorang murid itu dilarang dari memasuki kawasan sekolah. Penggantungan adalah bersifat sementara sahaja dalam jangka masa yang berpatutan sehinggan tidak lebih 14 hari persekolahan.

1.2       Dalam keadaan di mana seorang murid berkelakuan liar dan mengganggu sehingga perlu diasingkan dari sekolah manakala menunggu hasil siasatan mengenai cara yang paling sesuai untuk menghadapinya. Pengetua/Guru Besar berkuasa mengarahkan penggantungan persekolahan murid itu sehingga tidak lebih 14 hari.

1.3       Penggantungan yang di buat kerana menunggu hasil sesuatu siasatan hendaklah dibezakan sebagai satu hukuman yang dijatuhkan oleh Pengetua/ Guru Besar seperti diperbekalkan dalam Peraturan 8, Peraturan Pelajarn (Disiplin Sekolah) 1959.

1.4              Bila penggantungan dibuat sebagai tindakan menghukum peluang yang cukup untuk membuat penjelasan (to show case) hendaklah diberi.



Pengertian Hukuman Dera (corporal punishment)

1.1       Hukuman dera (rotan) boleh dikenakan (kecuali ke atas murid perempuan) tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.

1.2       Dijalankan sebaik-baik sahaja sesuatu salah laku itu dilakukan oleh murid. Hendaklah dibuat setelah sesuatu saalah laku telah dapat disahkan.

1.3       Dijalankan oleh Pengetua / Guru Besar sendiri atau oleh guru yang berdaftar yang telah diberikan kuasa secara nyata atau khas iaitu mengikut keadaan  (Perkara 6 Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah ) 1959.

1.4       Hukuman dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan ringan dan pukulan rotan hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau di bahagian punggung yang berlapik. Hukuman dera ke atas pelajar permpuan dilarang secara nyata dalam Perkara 5 Ordinan Pelajarn, 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. 

Pengertian Hukuman Penahanan (detention)


1.1       Hukuman penahanan adalah untuk mengawal murid-murid yang jahat (delinquent) supaya tingkah lakunya pada masa akan dataang diharap dapat dipengaruhi dan dibaiki dengan cara menafikannya dari menikmati dan menggunakan masa lapangnya.

1.2.1         Arahan penahanan itu hendaklah menentukan masa dan jumlah jam seseorang itu ditahan.

1.3       Kehadiran kelas penahanan mendatangkan kesan mencegah kepada murid berkenaan dan juga murid yang lain.           

1.4        Aktiviti penahanan hendaklah merupakan sesuatu yang berfaedah dan membina.



Pengertian Hukuman Amaran


1.1       Hukuman amaran adalah sesuai apabila Pengetua / Guru Besar atau guru yang diberi kuasa setelah mempertimbangkan keadaan, jenis salah laku dan kelakuan murid yang telah melakukan salah laku itu.

1.2       Hukuman amaran yang dilaksanakan adalah kerana berpendapat bahawa kurang wajar dikenakan hukuman yang lebih berat lagi.

1.2.2         Tindakan hukuman merangkumi Amaran 1, 2 dan 3 bagi kategori salah laku ringan,  Amaran dan Amaran Keras bagi kategori salah laku berat.

Panduan Tatacara Disiplin Sekolah
Unutk Guru Besar dan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988:16



SALAH LAKU DAN HUKUMAN PERUNDANGAN ISLAM

BUKU PERATURAN SEKOLAH.

SISTEM SALAHLAKU DISIPLIN MURID ( SSDM )

http://apps.moe.gov.my/ssdm/




KELAB PENCEGAHAN JENAYAH


MATLAMAT


Matlamat penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah adalah untuk membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.

OBJEKTIF

  1.  Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan  jenayah.
  2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan murid.
  3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik   daripada memerangi jenayah.
  4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan  aktiviti yang  berfaedah.
  5. Melahirkan murid yang bertanggungjawab kepada agama, bangsadan negara dalam hal menangani jenayah.




MOTTO
         ‘MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMERANGI’

 IKRAR
 
Kami,
Ahli-ahli Kelab Pencegahan Jenayah,
Malaysia

Berikrar,
Bahawa Kami Akan Berusaha,
Menjadi Ahli Yang Sentiasa Mematuhi,
Peraturan dan Perlembagaan Kelab,
Peraturan Sekolah dan
Undang-undang negara
Demi Memartabatkan Nama Baik Kelab dan Sekolah,
Berlandaskan,

Taat dan Patuh Kepada Ajaran Agama,
Taat dan Patuh Kepada Perlembagaan Kelab dan,
Taat dan Patuh Kepada Peraturan Sekolah,

Kami Berjanji,
Akan Sentiasa Berusaha Menjadi Ahli Yang Berketerampilan,
Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab, amanah,
Dan adil Dalam Melaksanakan Tanggungjawab.

Kami Berjanji,
Akan Cuba Sedaya Upaya Untuk,
Mencegah, Menghindari dan Memerangi Jenayah,
Demi Kesejahteraan Seluruh Warga Malaysia.








LAGU

       ‘MARI CEGAH JENAYAH’

Kelab Pencegahan Jenayah
Sekolahku Yang Tercinta
Menjunjung Rukun Negara                                                                                   
Mendukung Peraturan Sekolah

Walau Di Mana Kami Berada
Kami tetap Tunaikan
Amanah, Tanggungjawab Yang Diberi
Bermoral Beretika

C/O     MARI CEGAH JENAYAH
Semua Hindari Bersama
Mari Perangi Jenayah
Hidup Bebas Aman Merdeka

Kelab Pencegahan Jenayah
Sekolahku Yang Tercinta
Menjujung RUKUN NEGARA
Mendukung Peraturan Sekolah

Walau Di mana Kami Berada
Kami Tetap Tunaikan
Amanah, Tanggunjawab Yang Diberi
Bermoral Beretika

C/O     MARI CEGAH JENAYAH
            Semua Hindari Bersama
                                    Mari Perangi jenayah
                                    Tanggungjawab Kita Semua

MARI CEGAH JENAYAH
Semua Hindari Bersama
Mari Perangi Jenayah
HIDUP BEBAS AMAN MERDEKA (2X)
HIDUP BEBAS………….   AMAN MERDEKA ………….!

LAGU                         :HUSSEIN HAJI USIH
LIRIK                          : HUSSEIN HAJI USIH & ARIFA HAJI KURAGA
SUSUNAN MUZIK     HUSSEIN HAJI USIH & YAMAHA MUSIC SCHOOL


SISTEM FAIL.

  1. Fail Jawatankuasa Induk. ( Guru )
  2. Fail Jawatankuasa Kelab. ( Murid )



PROGRAM DAN AKTIVITI

Semua aktiviti di bawah mengambil kira 5 domain pembangunan murid Kementerian Pelajaran Malaysia :

1-    Pembudayaan Adab Murid
2-    Peningkatan Disiplin Murid
3-    Perpaduan Murid
4-    Patriotisme
5-    Jati Diri



Bil
Aktiviti Tahunan

1.

Ceramah dan Dialog

      i.    Ceramah Pencegahan Kelab Pencegahan Jenayah kepada warga   sekolah
      ii.    Ceramah Kes Penyalahgunaan Dadah dan Hukumannya oleh Polis Diraja Malaysia
iii.     Ceramah Pencegahan Jenayah oleh Pegawai Perhubungan Polis
iv.     Ceramah Peranan Polis Dalam Mencegah Jenayah
v.      Ceramah keibubapaan
vi.     Ceramah khas kepada murid yang berisiko tinggi
vii.   Muzakarah ‘Gejala Sosial Dalam Kalangan Pelajar’
viii.  Dialog bersama-sama pihak Polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan
ix.     Ceramah kes juvana dan undang-undang
x.      Ceramah oleh Kaunselor Jabatan Penjara
xi.     Dialog bersama-sama tokoh dan pemimpin masyarakat tempatan
xii.   Pertandingan Keselamatan Jalan raya
Ceramah Yayasan Pencegahan Jenayah


2.

Kursus,Bengkel dan Seminar

      i.     Kursus untuk Guru Penasihat Kelab Pencegahan Jenayah
      ii.    Kursus Kepimpinan dan Pengurusan kepada ahli-ahli   Jawatankuasa Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah
      iii.   Bengkel berkaitan dengan vandalisme
      iv.   Seminar sehari ‘Membentuk Ketrampilan Diri’
v.            Seminar Pembentukan Sahsiah Pelajar






3.

Lawatan Sambil Belajar

      i.     Lawatan ke Penjara
      ii.    Lawatan ke Balai Polis
      iii.   Lawatan ke Sekolah Henry Gurney
     iv.    Berziarah ke hospital


4.

Pameran dan Kempen

    i.     Kempen menambahkan keahlian kelab
    ii.    Pameran antijenayah oleh Polis dan NGO
    iii.   Mengadakan kempen kesedaran gejala antisosial di sekolah
    iv.   Kempen memakai Lencana Pencegahan Jenayah
    v.    Kempen AntiMerokok
    vi.   Kempen dan Pameran Keselamatan Diri(Poster dan Keratan     Akhbar)
   vii.  Mempamerkan artikel-artikel mengenai kes jenayah yang sering     dilakukan oleh remaja
  viii.  Kempen menunggang motosikal berhemat
  ix.    Kempen Minggu AntiDadah
  x      Minggu Sahsiah Cemerlang
  xi.    Kempen Pencegahan Jenayah
  xii.   Mengadakan ‘Sudut Polis’
 xiii.   Sukan dan Rekreasi


5.

Perkhemahan

   i.    Kem Motivasi untuk murid berisiko tinggi
   ii.   Perkhemahan Jati Diri


6.

F. Pertandingan

  i.    Petandingan Sketsa Jenayah pelajar sekolah.
  ii.   Pertandingan mencipta logo dan slogan antijenayah.
 iii.    Pertandingan Kuiz.
 iv.    Pertandingan melukis mural dan poster anti jenayah.
 v.     Pertandingan menulis esei cegah jenayah.


7

Penerbitan

i.      Menerbitkan buletin Kelab Pencegahan Jenayah.
ii.     Mengedarkan berita-berita jenayah yang melibatkan remaja.

8

Program Khas.
i.      Program “Masih Ada Yang Sayang”Wajib dilaksanakan
ii.     Mengadakan ‘Sudut Pencegahan Jenayah Sekolah’ – Wajib 
        dilaksanakan
iii.    Program Bersama PDRM - `Rakan Cop’
iv.    Program Anti-Buli
v.     Program `Jom Ke Sekolah’
vi.    Jualan kemeja T dan rantai kunci AntiJenayah.
vii.    `Road Show’ Pencegahan Jenayah Bersama Media
viii.   Program Khidmat Masyarakat
ix.     Karnival KPJ


9

Aktiviti-aktiviti Lain

I.   Program Sukan bersama-sama Polis.
II. Tayangan video dokumentari berkaitan dengan gejala antisosial.
III. Kajian kes masalah disiplin
IV.‘5 minit Cegah Jenayah’ semasa perhimpunan mingguan





PENGAWAS
SURAT PEKELILING IKHTISAS.
1- Pelaksanaan Sistem Pilihanraya Ketua Murid Di Sekolah-Sekolah. 5 ( 10 )


CADANGAN AKTIVITI