KANTIN

SURAT PEKELILING IKHTISAS


  1. Jualan Makanan Dan Minuman Di Kantin-Kantin Sekolah Untuk Pelajar Berbilang Agama. 7 ( 76 )
  2. Panduan Untuk Menjaga Kesihatan Murid Dan Kebersihan Di Kantin Sekolah. 6 ( 76 )
  3. Penambahan Syarat-Syarat Pelaksanaan Kepada SPI 7 ( 76 ). 6 ( 78 )
  4. Jualan Makanan Dan Minuman Di Kantin-Kantin Sekolah Untuk Murid-Murid Berbilang Agama. 1 ( 81 ).
  5. Kantin Sekolah. 2 ( 83 ).
  6. Menjaga Kesihatan Pelajar Di Sekolah. 6 ( 98 )


SURAT SIARAN
  1. Penurunan Kuasa Menandatangani Kontrak Kerajaan Dan Perlantikan Jawatan Kuasa Sebut Harga. KP (S) 10102/14/012 ( 69 ) 26 Oktober 2005.
  2. Perlantikan Jawatankuasa Sebut Harga Di Sekolah-Sekolah Bukan Pusat Tanggungjawab 



BANGUNAN DAN KEMUDAHAN KANTIN

BANGUNAN
  1. Lantai.
  2. Dinding
  3. Siling
  4. Pengudaraan
  5. Pencahayaan
  6. Tempat Buang Sampah
  7. Sistem Perparitan
  8. Tandas
  9. Keceriaan
  10. Perubahan  pengubahsuaian.
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN

  1. Bekalan air bersih.
  2. Bekalan Elektrik
  3. Tempat Penyediaan Makanan
  4. Tempat Menyimpan Bahan Makanan.
  5. Kaunter Jualan.
  6. Tempat Makan
  7. Tempat Basuh Tangan.
  8. Penyelenggaraan Sisa Pepejal.
  9. Ruang Rehat Untuk Pekerja Kantin.

PENGENDALI MAKANAN

  1. Status Kesihatan.
  2. Pakaian
  3. Amalan
  4. Amalan Yang Ditegah.
  5. Kursusu Pengendalian Makanan.


GARIS PANDUAN PENJUALAN MAKANAN DI KANTIN SEKOLAH

Peranan Guru  / Sekolah.

  1. Memastikan Senarai Makanan Dan Minuman Yang Boleh Dijual, Tidak Digalakkan Dan Di Larang Dipatuhi Sepanjang Masa.
  2. Memastikan Kandungan Kalori Dalam Semua Makanan Dan Minuman Dipamerkan Oleh Pengusaha Kantin.
  3. Menjalankan Pemantauan Secara Berkala ( setiap minggu ) Dan Memaklumkan Kepada Pihak Pengurusan Sekolah Jika Terdapat Sebarang Ketidakpatuhan.
  4. Memberi Nasihat Penambahbaikan Kepada Pengusa Kantin Berdasarkan Pemantauan Yang Telah Dijalankan.
  5. Membimbing Pengusaha Kantin Di Dalam Menyediakan Makanan Yang Sihat Berdasarkan Piramid Makanan.
  6. Memastikan Pengusaha Kantin Menyediakan Hidangan mengikut Panduan Hidangan Sihat Seperti Di Laman Sesawang  www.infosihat.gov.my
  7. Memastikan Pematuhan Kepada Garis Panduan Di dalam Syarat Kontrak Perjanjian seperti Markah Pemeriksaan Melebihi 75%, Sijil Pengendali Makanan Diiktiraf Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Mempunyai Sijil Vaksinasi/ Tifoid Dan Sijil Latihan Katering Sihat.
  8. Memastikan Laporan Pemantauan Dihantar ke Unit HEM, JPN sebelum 5hb setiap bulan.
PANDUAN PENYEDIAAN HIDANGAN SIHAT

PIRAMID MAKAN MALAYSIA.

Kumpulan 1 : Bijirin, Hasil Bijirin Dan Ubi-Ubian.
Kumpulan 2 : Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran.
Kumpulan 3 : Ikan, Ayam, Daging Dan Kekacang.
Kumpulan 4 : Susu Dan Hasil Tenusu.
Kumpulan 5 : Lemak, Minyak, Garam Dan gula.

MENYEDIAKAN MAKANAN RENDAH LEMAK.
MENYEDIAKAN MAKANAN RENDAH GULA
MENYEDIAKAN MAKANAN RENDAH GARAM
MENYEDIAKAN MAKANAN TINGGI SERAT
KEPERLUAN KALORI MURID.
SENARAI MAKANAN DAN MINUMAN YANG DILARANG DIJUAL DI KANTIN
SENARAI MAKANAN DAN MINUMAN YANG TIDAK DIGALAKKAN DIJUAL DIKANTIN
PENJUALAN MAKANAN DAN MINUMAN HALAL



KAWALAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN KANTIN

KEBERSIHAN
  • Kebersihan Kemudahan.
  • Kebersihan Peralatan
  • Kebersihan Bangunan
KESELAMATAN
  • Langkah Mencegah Kebakaran
  • Langkah Mencegah Kecederaan
  • Langkah-Langkah Mencegah Renjatan Elektrik.
  • Alat-Alat Pertolongan Cemas.



PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH


  • Jawatankuasa Kantin Sekolah.
Pengerusi          : Pengetua / Guru Besar
Naib Pengerusi : GPK HEM
Setiausaha        : Guru Kantin.
AJK                 : GPK Pentadbiran
                          GPK Ko Kurikulum
                          Penyelia Petang
                          Wakil Guru
                          Wakil PIBG
                          Wakil Staf Sokongan
                          Wakil Murid.

Peranan JK :
  1. Membantu Pengetua / Guru Besar Dalam Usaha Membuat Perancangan, Pelaksanaan Dan Penilaian Berkaitan Dengan Pengurusan Kantin.
  2. Menerima Dan Menyampaikan Maklum Balas Dan Cadangan Daripada Pihak Murid, Guru, Staf Sokongan, Ibubapa Kepada Pengetua / Guru Besar Tentang Pengurusan Kantin.
  3. Menjalankan Pelbagai Aktiviti Pendidikan Dan Kempen Yang Berkaitan Dengan Kantin.
  4. Memastikan Pelaksanaan Program Kendiri Kantin Sekolah Dilaksanakan Dengan Baik.
  • Tanggungjawab Pengetua / Guru Besar
Memastikan :

  1. Kantin Sentiasa Selamat, Bersih Dan Ceria.
  2. Semua Kemudahan Di Kantin Sentiasa Bersih, Selamat Dan Berfungsi.
  3. Peraturan-Peraturan Yang DiSediakan DiPatuhi.
  4. Setiap Kes Yang DiSyaji Keracunan Makanan Hendaklah DiAmbil Tindakan Segera.
  5. Kandungan Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat DiPatuhi.
  6. Pengusaha Kantin Menyediakan Makanan Bermasak Di Kantin.
  7. Pengusaha Kantin Mengambil Kira Kepentingan Agama Pelanggan Apabila Menyedia Serta Menyimpan Makanan Dan Minuman.
  • Tanggungjawab Jawatankuasa Kantin Sekolah
Memastikan :
  1. Kebersihan Kemudahan, Alat Kelengkapan Dan Kawasan Persekitaran Kantin.
  2. Kebersihan, Mutu, Khasiat Dan Keselamatan Makanan Dan Minuman Yang DiJual.
  3. Harga Berdasarkan Perjanjian.
  4. Keselamatan Di Kantin Sekolah.
  5. Kesopanan, Kebersihan Dan Kesihatan Pengendalian Makanan.
  6. Menyediakan Laporan Harian Kantin Dan Program Kendiri Kantin Sekolah.
  7. Murid Sentiasa Berdisiplin, Bersopan Santun Dan Mengamalkan Budi Pekerti Yang Baik Semasa Di Kantin.
  8. Makanan Dan Minuman Yang DiJual Mencukupi.
  9. Kantin DiKendalikan Dengan Cekap Dan Efisien.
  • Tanggungjawab Pengusaha Kantin
Memastikan :
  1. Pekerja Adalah Warganegara Malaysia Berumur 18 Tahun Ke Atas.
  2. Lesen Perniagaan Yang Sah DiPerolehi Daripada Pihak Berwajib.
  3. Perjanjian Dengan Pihak Sekolah Dipatuhi.
  4. Amalan Kebersihan, Kesihatan Dan Keselamatan Di Kantin Sentiasa Dititikberatkan.
  5. Akta Makanan 1983 Dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 Dan Peraturan LainPengurusan Kantin Sekolah Yang Berkuatkuasa Wajib Dipatuhi.
  6. Makanan Yang DiJual Sentiasa Bersih, Bermutu, Berkhasiat Dan Selamat.
  7. Pengendali Makanan Telah Menjalani Pemeriksaan Kesihatan, Menghadiri Kursus Pengendalian Makanan Dan Dalam Keadaan Sihat.
  8. Pengendali Makanan Mengamalkan Tabiat Yang Sihat Semasa Bertugas.
  9. Bangunan Kantin, Kemudahan Lain Dan Kawasan Persekitaran Sentiasa Dalam Keadaan Bersih, Ceria Dan Selamat.
  10. Pengendali Makanan Sentiasa Berbudi Bahasa Semasa Melayan Pelanggan.
  11. Makanan Bermasak Disediakan Di Kantin Sekolah.
  12. Kantin Tidak Dijadikan Tempat Kediaman.
  13. Tidak Memelihara Haiwan Atau Berkeliaran Di Kawasan Kantin.
  14. Kantin Dikendalikan Dengan Cekap Dan Efisien.
  15. Kepentingan Agama Pelanggan Diambilkira Semasa Membuat Persediaan Dan Menyimpan Makanan Dan Minuman.
  16. Menjual Hanya Makanan Dan Minuman Halal.
  17. Pengendali Makanan Telah Diakui Sihat Oleh Pegawai Perubatan.
  18. Semua Pengendali Makanan Berpakaian Sopan, Lengkap Dan Bersih.
  19. Pengendali Makanan Menjaga Kebersihan Diri Dan Mengelakkan Amalan-Amalan Yang Boleh Menyebabkan Pencemaran Terhadap Makanan Dan Minuman.
  20. Menjual Makanan Yang Bersih, Bermutu, Berkhasiat Dan Selamat.
  21. Semua Pengendali Makanan Telah Diberi pelalian Typhoid Dan Sihat Semasa Mengendalikan Makanan.
  22. Pengendali Makanan Telah Menjalani Kursus Pengendalian Makanan.
  23. Segala Panduan Dan Peraturan Seperti Yang Terkandung Dalam Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Dipatuhi.
  24. Makanan Dan Minuman Dari Luar Yang Dijual Di Kantin Hendaklah Bersih, Berkhasiat Dan Bermutu Serta Selamat Untuk Dimakan.
  25. Maklumat Pembekal Dari Luar Hendaklah DiMaklumkan Kepada Jawatankuasa Kantin Sekolah.
  • Perolehan Penyewaan Dan Pengurusan Kantin Sekolah
  • Pemeriksaan Dan Khidmat Nasihat Kakitangan Jabatan Kesihatan


CONTOH SURAT TAWARAN SEBUTHARGA KANTIN.


                                                                                                                      Ruj.Kami: SKA.PS.03/23
                                                                                                                     Tarikh     : 04 Septermber 2012
Pengarah/Ketua Jabatan
Jabatan-Jabatan Negeri Perlis

Pengetua/Guru Besar
Sekolah-Sekolah Menengah/Rendah Negeri Perlis

Tuan,
TAWARAN SEBUTHARGA UNTUK PENGENDALIAN KANTIN
SEKOLAH KEBANGSAAN ABI, KANGAR PERLIS
BAGI TEMPOH 01 DISEMBER 2012 HINGGA 30 NOVEMBER 2014

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada surat di atas.

2. Tawaran dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berminat untuk mengendalikan kantin sekolah ini bagi tempoh dua tahun mulai 1 Disember 2012 hingga 30 November 2014.

3. Sebutharga hendaklah dihantar sampul surat dan bertanda “SEBUTHARGA KANTIN SEKOLAH” di bahagian atas sudut kiri. Borang dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan hendaklah disimpan sampai ke pejabat sekolah pada atau 26 September 2012, jam 12.00 tengahari.

4. Borang serta dokumen lain yang berkaitan boleh didapati di Pejabat Sekolah dari 5 September 2012 pada waktu pejabat. Jumlah anggaran guru,kakitangan sekolah dan murid bagi tahun 2012 adalah seperti berikut:

4.1 Bilangan Guru dan kakitangan  -   37 orang
4.2 Bilangan murid                      - 320 orang
                                                ________
Jumlah                    357 orang

5. Keputusan Jawatankuasa Sebutharga adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”



(HJ. ADANAN B LONG, PJK)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Abi
01000 Kangar Perlis
s.k Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Perlis




CONTOH BORANG PERMOHONAN SEBUTHARGA KANTIN.

(Borang Permohonan)
Sekolah Kebangsaan Abi
01000 Kangar, Perlis

Nama:………………………………………..
Alamat:………………………………………………………………………………………
         …………………………………………………………………………………………

Kepada:
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Abi,
Perlis.

Tuan,
Per: Permohonan menyertai Sebut Harga Kantin Sekolah
Berhubung dengan kenyataan tawaran kantin sekolah/puan rujukan SKA.PS.03/23
(    ) bertarikh 4 September 2012 adalah saya dengan ini mengemukakan borang-borang berikut untuk pertimbangan tuan/puan selanjutnya.

  a  Borang Lampira  C   Butir-butir peribadi
  b Borang Lampiran D    Senarai nama barang-barang makanan dan harganya. 

2.   Saya bersetuju membayar sewa kantin sebanyak RM……………..setiap bulan.
3.   Saya faham bahawa pihak sekolah berhak menolak sebarang tawaran tanpa memberi sebarang sebab.

4.     Sekiranya sebut harga saya ini Berjaya, saya bersetuju menandatangani kontrak dan mematuhi peraturan-peraturan/syarat-syarat perjanjian yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

Sekian,terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’



Yang Benar,
Tandatangan Pemohon
(Nama:………………………………………….)
(HURUF BESAR)